Oleh Norfatimah Ahmad
tim@bhrian.com.my
2010/04/23
Belenggu pelabur Maika dijangka berakhirKUALA LUMPUR: Usahawan Tan Sri G Gnanalingam yang menubuhkan G Team Resources untuk membeli semua saham dalam Maika Holdings Bhd (Maika) pada harga RM106 juta memberi jaminan dapat membayar balik semua wang dilabur 66,000 pemegang sahamnya dalam tempoh tiga bulan, mulai 1 Mei ini.
Tokoh korporat itu berkata tindakan berkenaan adalah selaras dengan tujuan menyelamatkan Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu dengan membebaskan 66,000 pemegang saham Maika daripada belenggu 26 tahun.
“Semua ini dilakukan untuk membantu 66,000 masyarakat India dan selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyuarakan hasratnya untuk melihat isu Maika selesai".
Kajian dan penelitian yang dilakukan mendapati masalah ini boleh diselesaikan,” katanya pada sidang media di sini, semalam.
Mengikut laporan akhbar baru-baru ini, sekumpulan ahli perniagaan India bersetuju membeli semua saham Maika pada harga RM106 juta, iaitu RM20 juta lebih tinggi daripada nilai bersih keseluruhan asetnya yang bernilai kira-kira RM85 juta.
Maika ditubuhkan pada 1982 untuk membolehkan masyarakat India melabur dalam saham dan sebahagian besar pemegang sahamnya dikatakan pekerja estet yang miskin serta menggadaikan barang kemas dan mengeluarkan simpanan mereka untuk melabur di dalamnya.
Gnanalingam yang juga Pengerusi Eksekutif Westports Malaysia Sdn Bhd berkata, mulai 1 Mei ini, G Team Resources yang ditubuhkan Januari lalu dengan modal berbayar RM1.5 juta khusus untuk menyelesaikan kemelut Maika akan menawarkan membeli semua saham Maika pada harga RM1 setiap unit.
Katanya, sebaik semua sahamnya dibeli, sebuah jawatankuasa dipengerusikan beliau bersama perunding kejuruteraan Datuk Kuna Sithambaram; Pengarah Petronas dan Bank Negara Malaysia, Datuk N Sadhasivam; bekas Ketua Pengarah MIDA, Datuk R Karunakaran dan pegawai khas di Jabatan Perdana Menteri, Ravin Ponniah akan bertindak sebagai pemegang amanah Maika.
“Jika segalanya berjalan mengikut jadual, pembelian saham dan proses ‘memulangkan’ wang pemegang saham akan selesai dalam masa tiga bulan, diikuti urusan menjual semua aset Maika sebelum membubarkan G Team Resources dalam masa enam bulan hingga setahun dari sekarang,” katanya.
Beliau berkata, sehingga kini, perbincangan dengan Ahli Lembaga Pengarah Maika, Bank Negara Malaysia dan bank komersial berjalan lancar dengan semua pihak menyatakan hasrat untuk menyelesaikan masalah ini.

No comments:
Post a Comment