MIC Abai Masalah Kaum India Tanpa Kad Pengenalan
Oleh Rusnizam Mahat, Suara keadilan
HULU SELANGOR 10 Apr - Kewujudan ramai anggota masyarakat India di Hulu Selangor yang masih tidak mempunyai kad pengenalan MIC dalam peranannya sebagai sebuah parti yang kononnya memperjuangkan nasib masyarakat India di negara ini.
Dalam tinjauan Suara Keadilan, ramai kalangan masyarakat India yang ditemui tidak mempunyai kad pengenalan yang menunjukkan mereka sebagai warganegara Malaysia, sebaliknya hanya memegang kad pengenalan berwarna merah yang berstatus penduduk tetap.
Ahli Jawatankuasa Cabang Petaling Jaya Selatan, Dr Sri Ram, berkata isu ini merupakan antara dilema utama yang dihadapi masyarakat India menyebabkan mereka terpaksa menghadapi kesukaran dalam pelbagai urusan rasmi termasuk memohon pelbagai jenis bantuan dari kerajaan atau agensi seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat.
"Itu antara isu dan aduan yang kami terima dari masyarakat India di kawasan ini selain soal kemiskinan kerana berpendapatan rendah, kebajikan terabai, kesihatan dan masalah mereka yang kurang upaya.
"Ini membuktikan MIC gagal memberikan perhatian terhadap isu yang dihadapi masyarakat India di sini, selain mengabaikan soal kebajikan enduduk yang berpendapatan rendah," kata Dr Sri Ram.
Beliau berkata demikian ketika ditemui di Kampung Hasan, Hulu Bernam sebagai mewakili kerajaan negeri Selangor bagi mendengar aduan dan masalah dihadapi oleh penduduk India di kawasan itu.
Dr Sri Ram berkata di kampung tersebut sahaja, sebanyak 14 aduan diterima mengenai masalah sijil kelahiran dan kad pengenalan yang tidak mendapat perhatian sewajarnya dari pihak berkuasa seperti Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Menurutnya selain isu kada pengenalan, masyarakat India di kawasan itu turut dihimpit masalah kemiskinan dan kebajikan yang diabaikan MIC. (Nota: perhatikan dah berapa lama, dah berapa penggal ahli-ahli MIC menjadi Ahli Parlimen kawas Hulu Selangor? Apa yang mereka buat, makna tidur kah atau mencari projek untuk menjadikan mereka lebih kaya,kaya, kaya!)
Menurut Saraswathy Subramaniam, 32, beliau hadir meminta bantuan KEADILAN berhubung masalah yang dihadapi datuknya, Muniandy a/l Ponnusamy yang sehingga kini masih memiliki kad pengenalan berwarna merah.
"Datuk saya sudah tidak bekerja dan kini sedang sakit asma. Saya pernah pergi ke ibu pejabat Jabatan Pendaftaran Negara tetapi mereka tolak aduan saya. Ini menyulitkan datuk saya untuk memohon bantuan seperti dari Jabatan Kebajikan Masyarakat kerana beliau bukan warganegara," ujarnya.
Tambah beliau, perkara itu juga pernah diajukan kepada pihak MIC di kawasan itu tetapi mereka tidak berbuat apa-apa menyebabkan beliau merujuk isu itu kepada wakil KEADILAN.
Sementara itu, Timbalan Ketua Ranting KEADILAN Kalumpang, Hulu Selangor, John Tivindren 40, berkata, pada pilihan raya kecil 25 April depan , pastinya MIC akan ditolak majoriti masyarakat India di Hulu Selangor yang disifatkan gagal membela nasib masyarakat India dan mendengar masalah yang dihadapi penduduk kawasan terbabit.
ULASAN:
BETUL, BETUL, memang betul MIC tidak memainkan peranannya sebagai sebuah parti yang kononnya memperjuangkan nasib masyarakat India di negara ini. MIC bukannya berjuang untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh golongan yang bermasalah, tetapi sebaliknya perjuangannya perjuangan MIC hanya untuk kumpulan ningrat, golongan atasan, golongan elit MIc dan orang-orang kaya. Itulah MIC!
Kaum India tolak BN
Saturday, 24 April 2010 9:48 AMBeliau memuji usaha dan tindakan kerajaan PR yang telus dalam memberi bantuan dan sumbangan terutamanya yang berbentuk kewangan kepada rakyat.
“Sebelum ini, kerajaan BN hanya menyerahkan sumbangan yang kononnya kepada rakyat, melalui orang atasan dan ini menyebabkan rakyat tidak menerima habuan yang sepatutnya berbanding dengan kerajaan PR yang melakukan penyerahan sumbangan terus kepada rakyat,” ujarnya.
Katanya, BN dan MIC juga hanya mementingkan kepentingan peribadi dan politik semata-mata tanpa memikirkan hak serta kebajikan penduduk yang menyokong mereka.
“Apa yang PR buat untuk rakyat tidak pernah mengira kaum dan agama, jadi buat apa kita perlu menyokong mereka ini lagi?” tegas Gunasegaran apabila ditanya mengenai sokongan pengundi India terhadap Datuk Zaid.
Menurut seorang penduduk dari Bukit Sentosa, N.Nadarajan usaha mengekonomikan rakyat selangor oleh Menteri Besar Selangor merupakan suatu usaha yang tidak mungkin dilakukan oleh BN.
“Masyarakat India sangat berterima kasih kepada PR khususnya di negeri Selangor kerana kini kami telah memperoleh geran tanah untuk sekolah dan kuil yang selama ini tidak mampu diberi oleh kerajaan BN,” kata beliau dengan nada lega.
“Kami bukan sahaja mahu PR kekal di Hulu Selangor, bahkan berharap PR akan berjaya mengambil alih kerajaan pusat kelak,” ujar beliau lagi.

No comments:
Post a Comment