Friday, April 9, 2010

SIAPAKAH SAMY VELLU?


Samy Vellu adalah Presiden parti politik paling lama dalam sejarah tanah air kita. Ketika Awang memulakan kerjaya sebagai wartawan lebih 25 tahun lalu, beliau sudah pun bergelar Presiden MIC dan menteri. Samy mula menerajui parti tersebut pada tahun 1979 (memangku) dan secara rasmi (1981), kesemuanya memakan tempoh 11 penggal.


Ketika UMNO dan MCA sudah dua kali melalui peralihan kepimpinan dalam tempoh enam tahun dan sekali peralihan melibatkan Gerakan, MIC masih di takuk lama.


Walaupun MIC mempamerkan prestasi paling buruk pada pilihan raya umum lalu dengan beliau sendiri tewas di kubu kuatnya Sungai Siput, Samy tetap mahu menjadi Presiden lagi.


Malah jika ada yang berpendapat beliau sebagai liabiliti kepada BN, MIC dan masyarakat India sekalipun, itu tidak menjadi hal. Beliau hanya menutup telinga kepada segala kritikan.


Pedulikan soal responsif kepada rakyat, yang penting jawatannya sebagai presiden MICdapat dipertahankan dengan apa sahaja kewajaran. Maka harapan banyak pihak sama ada dalam MIC, kalangan masyarakat India dan rakyat agar beliau berundur dalam masa terdekat, tidak kesampaian.


Lagi lama Samy memimpin MIC, selagi itulah BN berada dalam situasi yang sukar. Jangan lupa MIC tidak bergerak dalam entiti yang bersendirian, ia adalah komponen BN. Jika Samy menyatakan beliau mahu kekal bagi membantu memulihkan MIC dan BN, itu sebenarnya tidak membantu bahkan menyebabkan MIC dan BN berada dalam keadaan yang lebih sukar untuk pulih dan mendapat kepercayaan rakyat.


Pengundurannya sahaja dapat membantu BN. Jika beliau enggan berundur, pembaharuan yang sedang digerakkan oleh BN di bawah kepimpinan Najib Tun Razak kelihatan tidak lengkap. Lagipun Awang tidak nampak masyarakat India ketandusan pemimpin. Mengapa tidak diberi peluang dan keyakinan kepada yang lain?


Bagaimanapun jika pengundurannya hanya semata-mata untuk memberi laluan kepada palanivel, ianya tidak akan membawa sebarang perubahan kerana Palanivel juga tidak disukai oleh pengundi-pengundi dikawasan Hulu selangor tetapi juga oleh ahli-ahli MIC secara keseluruhannya.

Hanya peralihan kepimpinan kepada kelompok yang tidak menampakkan bayangan kepimpinan Samy Vellu sahaja yang dapat menyelamatkan MIc kerana dengan itu, ianya dapat menarik sokongan dari masyarakat India secara keseluruhannya!

30/08/2009 UTUSAN MALAYSIA



Harapan kepada Samy


Soalan paling popular sekarang ialah bila Samy akan berundur bagi memberi peluang kepada pemimpin lain dalam MIC? Wajarkah beliau terus menerajui MIC sehingga 2012? Apakah pula implikasinya kepada BN yang perlu melaksanakan pembaharuan besar dan pemulihan imej bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13?


Sebenarnya begitu banyak persoalan melingkari isu Samy. Ramai yang berpendapat, Samy sudah menjadi liabiliti kepada MIC dan BN. Lagi lama, beliau menjadi nakhoda MIC, lagi sukar kedudukan BN.


Itulah yang berlegar dalam perbualan di kedai kopi, laman-laman blog dan di kalangan ahli komponen BN. Sejauh mana kebenarannya atau ia sekadar persepsi, Awang tidak pasti. Yang pasti tiada petunjuk jelas setakat ini yang Samy akan melaksanakan pelan peralihan kepimpinan dalam masa terdekat.


Berdasarkan banyak kenyataan Samy dan maklumat yang Awang terima, sudah boleh dibuat rumusan bahawa bekas Menteri Kerjaya itu mahu terus mengemudikan MIC untuk masakini dan selama-lamanya.



No comments:

Post a Comment