Utusan Malaysia: 13 April 2010 / 28 Rabiul Akhir 1431
DUA hari lagi, Barisan Nasional (BN) akan mengumumkan siapakah calonnya yang bakal diberi tanggungjawab untuk menegakkan kembali panji-panji parti itu dalam Pilihan Raya Kecil kawasan Parlimen Hulu Selangor.
Pilihan raya yang bakal berlangsung pada 25 April ini dianggap cukup penting bagi BN, justeru parti tersebut tidak boleh tersalah langkah melakukan percaturan terutamanya dari segi calon.
Sejarah dalam pilihan raya kecil sebelum ini sudah menjadi bukti bahawa kesilapan memilih calon telah membawa padah kepada BN.
Oleh itu, menjelang pengumuman yang bakal dilakukan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Khamis ini, spekulasi mengenai siapa calon BN semakin hangat diperkatakan.
Ia semakin rancak apabila Muhyiddin semalam menyatakan nama calon sudah disenarai pendek dan paling ketara apabila beliau menyatakan, calon berkenaan anak tempatan dan berkelulusan tinggi serta 'yang rakyat mahukan'.
Sama ada hendak diakui atau tidak, kenyataan itu sekali gus meletakkan Timbalan Ketua Pemuda MIC Kebangsaan, V. Mugilan, 34, sebagai calon paling sesuai.
Ini memandang semua kriteria yang Muhyiddin nyatakan itu ada pada Mugilan. Ketua Pemuda Hulu Selangor tersebut merupakan anak tempatan yang dilahirkan di Ladang Kerling, Kuala Kubu Baharu, berkelulusan dalam jurusan Sastera dan Sains Sosial dari Universiti Malaya.
Selain itu menurut sumber, Mugilan sememangnya dikenali oleh penduduk Hulu Selangor. Selain bersikap rendah diri, Mugilan adalah pemimpin muda yang bersemangat tinggi untuk membantu rakyat.
Penglibatan aktif beliau dalam politik seawal usia 19 tahun dan terus bertungkus-lumus mendalami masalah rakyat di kawasan Parlimen tersebut memberi kelebihan kepada Mugilan untuk menjadi calon pilihan bagi BN.
Utusan Malaysia juga difahamkan, di kalangan penduduk Hulu Selangor selain kaum India, orang Melayu dan kaum Cina juga menyenangi Mugilan dan berpendapat BN wajar mempertimbangkan beliau sebagai calon parti itu dalam pilihan raya kecil berkenaan.
Walaupun terdapat beberapa nama lagi seperti Timbalan Presiden MIC, Datuk G. Palanivel, Ketua Penerangan MIC, P. Kamalanathan dan Ketua Pemuda MIC, T. Mohan, namun populariti Mugilan tidak dapat dinafikan.
KOMENTAR: Berdasarkan ulasan yang dibuat diatas, ianya menunjukkan bahawa Mugilan mempunyai ciri personaliti yang baik untuk menjadi calun seperti anak tempatan, berkelulusan tinggi, bersikap merendah diri, suka membantu rakyat, rajin dan disenangi oleh pelbagai kaum tetapi sayang seribu kali sayang kerana anda mewakili MIC, maka anda akan ditolak oleh rakyat dalam PRK Hulu Selangor nanti.
Ini adalah kerana anda mewakili MIC, ianya bermakna anda mewakili suku sakat Samy Vellu, maka rakyat dari pelbagai kaum tidak akan mengundi anda. Sesungguhnaya nama MIC itu sendiripun sudah menjadi suatu liabiliti kepada BN!
Ini adalah kerana apabila terdengar nama MIC maka kesemua rakyat akan membencinya kerana perilaku yang telah dilakukan oleh Samy Vellu telah menyebabkan kerosakan yang amat sangat, menyebabkan timbulnya kebencian yang teramat sangat kepada parti itu, tanpa mengira bangsa atau kaum, lebih-lebih lagi kepada masyarakat keturunan India yang suku sakatnya ridak sama dengan Samy Vellu.
Ingat tak berapa ramai masyarakat keturunan Sinhalese, keturunan Punjabi, Malabar, Malayalee bahkan keturunan tamil dari kasta brahmin yang mempunyai nama yang berakhir dengan Iyer ataupun Nair ataupun keturunan tamil yang dipimpin oleh Pandithan. Ingatkah anda? Ingatkah? Tentunya anda pasti ingat. Apakah ada apa-apa pembelaan atau perjuangan yang dilakukan oleh MIC dibawah kepimpinan Samy Vellu kepada puak-puak ini. Bukankah mereka dipinggirkan dan dipencilkan?
Sesungguhnya mereka telah jauh hati dari MIC bahkan amat membenci MIC. Terus terang dikatakan jika tanpa sokongan puak-puak minoriti yang dipinggirkan oleh MIC itu, maka MIC akan berkubur dan hilang dari persada politik negara ini. Ini terbukti apabila ramai dari keturunan-keturunan yang dipinggirkan itu bertempiaran lari membawa diri samada membentuk parti baru atau menyertai parati-parti lain yang sedia ada.
Lihatlah berapa ramai yang menyertai IPF, Makkal Sakhti, DAP, PPP, Gerakan dan PKR bahkan ada yang membentuk pakatan untuk menyokong Pas. Bukankah itu tandanya MIC dahpun dikuburkan dan tidak dikehendakki lagi oleh masyarakat keturunan India sendiri.
Jadi bernasib malanglah sesiapa sahaja yang masih berada dalam parti yang dalam keadaan nazak, menunggu ajalnya tiba. Sesiapa sahaja yang menjadi calun parti MIC pastinya akan ditolak oleh suku-sakat atau puak yang menyertai IPF, Makkal Sakhti, DAP, PPP, Gerakan dan PKR serta pakatan untuk menyokong Pas.
Begitu juga dengan orang-orang Melayu dan orang-orang Cina, nama MIC amat-amat dibenci. Ini adalah gara-gara kerenah dan tingkahlaku Samy Vellu!
Oleh itu sesiapa sahaja yang mempunyai ketokohan, kebolehan dan mempunyai semangat perjuangan politik segeralah beralih bahtera menyertai sama ada PF, Makkal Sakhti, DAP, PPP, Gerakan atau pun PKR. Jika tidak anda akan berkubur bersama-sama MIC.
Tengoklah sekarang ini bukankah semakin ramai rakan-rakan anda yang menyeberangi jambatan untuk menyertai parti-parti berkenaan. Jika anda menyertai parti-parti ini anda akan diterima dengan senangnya oleh lain-lain kaum dan puak selaras dengan konsep 1Malaysia, Malaysia for All but not for MIC!
APA KATA TUN DR MAHATHIR!
HULU SELANGOR 22 April - Tun Dr. Mahathir Mohamad membuat kenyataan berikut semasa berceramah di Serendah di sini malam ini "Calon Barisan Nasional (BN) di sini cukup pandai bercakap, fasih pula berbahasa Melayu, inilah calon yang baik tetapi sebaik manapun calon itu, kalau partinya (MIC) tidak baik, ia tidak akan berguna.".
Latar belakang calunnya:
Calunnya ialah P.Kamalanathan adalah merupakan personaliti yang begitu disenangi oleh masyarakat India, Melayu, Cina dan Orang Asli. Beliau berjaya membawa dirinya dengan gaya yang tersendiri apabila mendekati pengundi. Sikap rendah dirinya merupakan antara sifat yang disukai oleh pengundi. Tetapi kalau beliau kalah, tidak lain tidak bukan sebabnya ialah kerana beliau adalah calun dari MIC!
Apa kata pengundi-pengundi keturunan India di Hulu Selangor?
"Kami harap calon MIC kali ini akan membawa pembaharuan yang ketara di kawasan ini khususnya di kawasan-kawasan estet. Kami sedia melupakan peristiwa lampau dan buka buku baru tetapi dengan satu syarat, MIC kena berubah dalam semua aspek." Kata seorang pengundi dari kawasan Nigel Garden kepada penulis baru-baru ini.
Ketika penulis mendekati mereka memang ada unsur-unsur 'tak puas hati terhadap MIC dan kepimpinan tertinggi parti'. Fakta ini sukar untuk dinafikan.
Mesej masyarakat India cukup jelas, yang mana mereka hanya mahukan kesejahteraan dan taraf hidup yang bahagia serta selesa.

No comments:
Post a Comment